| entries | profile | affiliates | tagboard | plugboard | site |
SCHAZA ZIDANE: FAMOUS IN 1 NIGHT !! aq copy n paste apa yg dia post kat blog dia...memang menyakitkan hati !
Wednesday, 2 November 2011


ini adalah untuk pengajaran untuk kita semua...berblog tu boleh tapi jgn keterlaluan sampai jd mcm shaza ni..bwh ini adalah entry seorang blogger yang telah menyentuh racist dan telah menimbulkan kontroversi.




09 October 2011


Warga Semenanjung MALAYSIA adalah Warga Asing?

Entry aku kali ni adalah atas daripada permintaan beberapa member aku. Dengan semangatnya aku nak mengupas isi-isi ketidakpuashatian aku dan para penduduk semenanjung selama ini. Firstly, mintak maaf banyak2 lah kpd sesiapa yang bakal terasa dan makan dalam membaca entry aku ni. Kesabaran aku pun ada limit jugak. Aku bukan bidadari yang jatuh bergolek dr langit yang dapat bersabar tahap karma dewa.

Mula-mula datang Sarawak dulu nak daftar UNIMAS bukan main eksaited lagi. Dah duduk kat sini sebulan baru mengegeh menyirap-nyirap nak balik Semenanjung. KENAPA ? Bukan sebab homesick, bukan sebab tak sanggup membina pengalaman di negeri lain, TAPI SEBAB TAK TAHAN DILAYAN SEPERTI WARGA ASING DI NEGARA SENDIRI. Yaaa, di negara sendiri ! Di Malaysia ! Aku duduk kat Malaysia tapi rasa seperti di Indonesia ! Aku sorg je ke yang merasa mcm ni ? Aku sorg je ke yg dilayan mcm ni ? TAK ! Aku bet lah, semuaaaaa penduduk Semenanjung tak puas hati. Tapi meraka semua ni tak berani nak menyuarakan pendapat. Diam macam tunggul. Nak org lain yang start bersuara dulu. Tapi untuk mereka yang berani menyuarakan hal ni, BRAVO !

Pelajar Semenanjung Ditahan Pihak Polis

Ada satu geng budak2 Semenanjung batch aku baru-baru ni keluar pergi outing. Sewa kereta. Pergi mana pun aku taktau lah. Diorg nak balik U tapi entah macam mana tersesat sampai Sarikei. And then polis tahan diorg mintak nak tengok passport. Yang diorg ni pun selenga tak bawak passport sebab diorg 'ingat' yg diorg ni 'masih di Malaysia'. So, nak taknak kena tahan duduk kat balai satu hari. Besoknya baru boleh balik. Merayu macam mana pun tak makan jugak. Nangis macam mana pun tak makan jugak. Haaa duduk lah kat balai tu, bayar lah duit sewa kereta sampai beratus gara-gara sewa LAMA SANGAT. Tak pepasal.

Pengajaran kepada pelajar2 semenanjung, kalau nak pergi memana tu sentiasa lah bawak passport DPT biru korg tu. Even nak pergi tandas kat fakulti pun bawak je lah. Kang nanti kena tahan dengan makcik cleaner tak pepasal je kena stay kat balai tandas satu hari kang. Harus ingat yang kita ni bukan di semenanjung yang TIDAK MENGGUNAKAN PASSPORT :)

Kena Tendang Kolej


Haa ini lagi satu masalah kpd pelajar semenanjung kalau kena tendang kolej. Aku heran betul lah, kenapa UNIMAS ni amek student intake ramai sangat ? Ramai sampai tak dapat nak menampung pelajar. Kolej kediaman tak banyak mana. Ada hanya 8 kolej, tapi student macam berjuta. Lepas tu tendang student duduk luar. Kalau pelajar yang memang berasal dari Sarawak takpa lah jugak, ini student yang kalau dari semenanjung ? Faham tak susah nak cari tempat tinggal ? Universiti kat Sarawak ni bukan satu je, UITM pun ada. Sebelah2 je pulak tu. Nak cari rumah sewa yg dekat U kan dah susah. Itu belum fikir dengan transport nya lagi. Semua pakai duit bhai. Jangan ingat semua budak2 semenanjung ni jutawan.

Dah la penduduk semenanjung tak boleh beli rumah kat sini. TAK BOLEH. Faham tak TAK BOLEH ? Haaa tak bolehhh. Aku taktau lah apa punya deal zaman sejarah dolu-dolu antara semenanjung dgn sabah sarawak. Belajar sejarah tak pandai en.

Untuk nak kekal duduk kat kolej, kau kena kumpul merit BANYAK-BANYAK. Paling minimum adalah 15 mata merit tapi kalau dah semua student dapat 15 mata merit kau ingat kau dapat ke duduk kat kolej ? Itu baru cakap minimum. Kalau dah semua kumpul mata merit sampai berjuta pun tak dapat. Diorg amek student yg berbillion mata merit lah. Last2 belajar pun bongok tak sempat study asyik dok kumpul mata merit punya pasal pun tarak guna jugak.

Patutnya kalau dah amek student intake dari semenanjung yg BUKAN MAIN BANYAK tu, korg bagi lah prioriti kepada student semananjung dulu. Korg dah amek student dari semenanjung bawak dtg sini, pastu campak luar biar merempat. Dah lah hukum agama kat sini tak ketat sangat. Laki pompuan pun boleh duduk satu rumah sekali. Memang rosaklah bebudak. Bak kata omputih, CULTURE SHOCK. Semua bebas. Kalau kat Selangor tu memang dah kena tangkap dgn JAIS dah. Bayangkan satu rumah ada 9 lelaki 1 perempuan, kena tangkap dengan JAIS, memang laki2 tu bermadu lah sampai 9. Hahaha !

Semenanjung itu Malaysia. Harap maklum.

Semalam time mentor mentee ada lah member aku ni ber-story menyuarakan pendapat dan ketidakpuashatian cara dan sistem yang dijalankan di Universiti ni. Bla bla bla semuaaa dia dah cakap, lepas tu si abg senior MPP ni tanya kat member aku tu, "Kamu orang mana?". Then member aku jawab, "Orang Selangor". Pastu abg tu balas, "Ouhh patutlah".

Apa? Apa ? Apaaaa ?! Patutlah apa ? Hahh ?!!

Cuba kalau kau datang semenanjung tengok, korg dilayan seperti apa ? Kena pakai passport ke ? Tak boleh beli rumah kat semenanjung ke ? Ada dilayan mcm warga Indon ke ? Dah la tanah kat semenanjung tu lagi kecik dari sabah sarawak. Korang datang sana beramai-ramai tarak hal lah. Nak stay sana pun tarak hal lah. Takdanya korg kena tangkap polis tahan kat balai spt warga asing.

Lepas tu abg senior tu cakap suruh kitorg stay sini dulu, rasa dulu mcm mana. Baru first year taktau apa2 lagi. Der machikeni, kitorg dah stay sini sebulan pun dah cukup lah, dah tau dah rasa mcm mana. Takpayah nak tunggu sampai setahun. Kalau budak 2nd year, 3rd year pun tak tahan, ini kan lagi kitorg yg 1st year kena habiskan sampai 4 tahun. Tak sanggup bhrai..

Aku mintak lah sesangat kat pihak Timur Malaysia, pihak Universiti, pihak Kerajaan Malaysia supaya ambil tindakan. Jangan abaikan student semenanjung. Jangan layan kami spt warga asing. Kalau tidak, jangan hantar kami belajar di sini. Punya lah berlonggok Universiti kat semenanjung tu, kenapa kat sini jugak aku kena campak ? Pointer aku not bad what time matriks. Ada UPU pun tak boleh pakai. Main sesuka hati je campak2 orang sana sini.

P/S : Aku mintak maaf banyak2 sebab terpaksa luahkan jugak hal ini :)


Peace no war ^^v 






..........aq copy n paste utk bhn bukti......
sorry la shaza...aku sbgai sarawakian berasa terhina atas entry ko tu !!



11:03 | back to top

Disclaimer


put your disclaimer here

Rewind